top of page

KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA KERIS EMAS



Kejohanan Silat Olahraga Keris Emas yang ke-2 telah berlansung dengan gemilangnya pada 7 Januari 2017. Edisi ke -2 ini yang sepatutnya berlangsung pada Disember 2016 yang lalu dianjak kepada bulan Januari 2017 kerana sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penchak Ventures selaku penaja utama untuk kali ke-2 berturut-turut ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan tuan rumah, UNITEN kerana telah mendapat johan keseluruhan pada kejohanan tersebut.

 

Tahniah juga kepada semua pesilat yang menyertai kejohanan ini. Semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta adalah semangat kesukanan yang tulen dan persaingan yang sihat. Tahniah sekali lagi daripada kami. Insyallah kita akan berjumpa lagi di kejohanan Keris Emas yang akan datang. Pihak Penchak Venture amat mengalu-alukan kerjasama yang terjalin ini dan agar ianya berterusan di masa hadapan. TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page